Friday, June 1, 2012

Uji diri anda!

Assalamualaikum, cikgu-cikgu sudah menunjukkan kaedah biasa dan kaedah mengguna kertas surih bagi pos-pos yang lepas. Cuba pelajar-pelajar sekalian jawab soalan di bawah dengan menggunakan kedua-dua kaedah dan bandingkan yang mana lebih mudah untuk diri anda. Sekiranya ada pertanyaan, ajukan di ruangan komen. SELAMAT MENCUBA!!

From the object ABCDE, rotate 90 degree anticlockwise at centre (1, -2)

Penggunaan kertas surih dalam rotation

Assalamualaikum para pelajar yang dikasihi sekalian. Semoga para pelajar sentiasa berada dalam limpahan kasih sayang Allah s.w.t. Sebelum ini kami telah menyenaraikan masalah-masalah yang dihadapi pelajar dalam subtopik rotation. Kali ini kami akan menampilkan suatu alternatif lain iaitu penggunaan kertas surih bagi menjawab soalan rotation. Kaedah ini jauh lebih mudah,cepat  berbanding menggunakan pembaris dan proktator. Oleh itu, cikgu-cikgu berharap dengan paparan video di bawah dapat membantu para pelajar melukis imej mahupun objek dengan lebih baik.


Thursday, May 31, 2012

Kaedah biasa dalam rotation

Assalamulaikum para pelajar yang dikasihi sekalian. Sebelum ini kita membincangkan mengenai permasalahan dalam subtopik rotation. Kali ini cikgu akan memaparkan kaedah yang biasa yang digunakan semasa di dalam kelas iaitu kaedah menggunakan pembaris dan proktator. Semoga para pelajar dapat menjadikan paparan ini sebagai ulangkaji yang berguna.

From the object ABCDE, rotate 90 degree anticlockwise at centre (0,0)

1) Pilih satu titik iaitu titik A. Kemudian gariskan ke pusat (0,0). Selepas itu, ukur sudut 90 dan gariskan mengikut arah lawan jam.




2) Teruskan membuat perkara yang sama seperti di 1) tetapi dengan memilih titik B
3) Seterusnya pilih titik C

4) Pilih titik D
5) Akhir sekali pilih titik E

6) bentukkan imej dengan menggariskan semua titik-titik yang diperolehi. Labelkan imej sebagai A'B'C'D'E'.
                                                           
SELAMAT MENCUBA!!!

Permasalahan dalam topik transformasi I

Assalamualaikum pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian, minggu ini cikgu-cikgu akan membincangkan permasalahan dalam topik transformasi I yang dipelajari semasa tingkatan 2. Bagi tajuk transformasi I, terdapat 3 subtopik utama iaitu :
                     a) Translation
                     b) Reflection
                     c) Rotation
Untuk subtopik translation dan reflection, kebanyakan pelajar tidak begitu bermasalah untuk menyelesaikan soalan-soalan yang ditanya. Kebanyakan pelajar mampu memahami dua subtopik ini dengan baik. Walaubagaimanapun, rata-rata pelajar menghadapi masalah bagi subtopik rotation. Antara rungutan yang diterima dari pelajar berkenaan subtopik ini adalah pelajar tidak dapat melukis imej dengan betul kerana tidak memahami sudut dan arah putaran
                 contoh: Rotation 90 degree anticlockwise on the centre (0,0) 

                                                             
                       
Kaedah yang kerap digunakan oleh guru-guru disekolah adalah dengan menggunakan jangka lukis, jangka sudut dan segelintir guru menggunakan kertas surih. Kaedah penggunaan pembaris dan proktator sudut adalah agak sukar bagi kebanyakan pelajar. Manakala penggunaan kertas surih adalah lebih mudah dan cepat.

                    


Pembuka bicara

Assalamualaikum w.b.t buat pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Blog pendidikan ini ditubuhkan khas untuk para pelajar sekalian bagi memperbaiki kelemahan dalam subjek matematik menengah atas. Pemilik blog ini terdiri daripada Cikgu Noor Murshida Ramali dari MRSM Besut, Terengganu, Cikgu Izian Nor Salleh dari MRSM Kota Putra, Terengganu dan Cikgu Norain Mohd Yusof dari MRSM Kubang Pasu, Kedah. Kami merasa bertanggungjawab menubuhkan blog ini bagi membantu para pelajar dalam subjek matematik serta memperkenalkan alternatif serta kaedah-kaedah lain yang mampu menarik minat para pelajar dalam subjek matematik. Akhir kata, cikgu-cikgu semua mengharapkan anda dapat memanfaatkan blog ini sebaik-baiknya.sekian.